Microsoft Tukar Logo Syarikat Selepas 25 Tahun

Microsoft telah memutuskan untuk mengemaskinikan logo klasik mereka untuk menggantikan "warisan nilai jenama, font dan warna." Anda lihat sendiri:
logo baru microsoft
Bandingkan logo baru dengan logo lama yang dah berusia lebih 25 tahun yang lalu:
logo lama microsoft
Secara objektif, logo baru memang lebih cantik. Ia kemas dan akhirnya menggabungkan Microsoft dengan Windows walaupun petak-petak adalah bertujuan untuk mewakili keseluruhan portfolio produk syarikat. Ia adalah jauh lebih baik daripada logo Windows 8.

Secara subjektif, logo baru menandakan berakhirnya era. Nampaknya seperti Microsoft meninggalkan pasaran desktop yang membantu kewujudan mereka. Logo baru Microsoft hanya berasa seperti ditinggalkan lagi kerana mereka mengejar perkara yang lebih lumayan, tetapi akhirnya tidak stabil, iaitu pasaran tablet.

Labels: