MyEG Lancarkan Pemindahan Milik Kenderaan Secara Elektronik

Perkhidmatan pemindahan pemilikan kenderaan yang baru secara sukarela, yang merupakan satu inisiatif oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan pembekal perkhidmatan e-kerajaan MyEG Services Berhad, memberikan pemilik dan pembeli pilihan mudah untuk memindahkan pemilikan kenderaan secara elektronik.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha berkata sistem yang ada sekarang memerlukan kedua-dua penjual dan pembeli untuk hadir di pejabat JPJ dan menyediakan semua dokumen yang berkaitan.

"Sekarang, mereka tidak perlu hadir ke pejabat JPJ. Mereka perlu terlebih dahulu mendaftar untuk 1Malaysia Authenticated Digital ID (1MID), di mana-mana 500 kiosk yang boleh didapati di seluruh negara untuk log masuk ke portal MyEG sebelum mereka boleh memulakan urus niaga dalam talian," katanya semasa pelancaran e-perkhidmatan.

Kong juga berkata MyEG menyediakan perkhidmatan pintu ke pintu, di mana pegawai perkhidmatan pelanggan MyEG akan bertemu pelanggan yang memerlukan bantuan dalam mendaftar 1MID.

Pengerusi eksekutif MyEG Services Berhad, Datuk Dr Norraesah Mohamed berkata perkhidmatan itu adalah tepat pada masanya, memandangkan pertumbuhan industri automotif. Dr Norraesah menambah bahawa perkhidmatan baru itu akan membantu untuk mengelakkan pertikaian dalam pemilikan kenderaan selepas jualan telah disimpan sebagai rekod akan serentak dikemaskini dengan rekod JPJ dalam masa sebenar.

Labels: