Outlook.com Mendapat 1 juta Pengguna dalam Masa 6 jam

Microsoft telah memberikan wajah baru untuk perkhidmatan e-mel mereka, dengan antara muka Metro yang dibawa ke Hotmail dan Live, dan dengan perubahan nama kepada Outlook.com.

Pengguna Hotmail yang sedia ada dengan mudah boleh beralih kepada Outlook.com baru daripada tetingkap tetapan akaun e-mel mereka, manakala yang lain juga dialu-alukan untuk perkhidmatan ini.

Rupa-rupanya, antara muka moden perkhidmatan e-mel Microsoft ini menarik ramai pengguna. Dalam tempoh enam jam pertama sahaja, Outlook.com mendapat satu juta pengguna beralih kepadanya. Ramai lagi dijangkakan, sama ada migrating akaun mereka atau melalui akaun baru.

"Satu juta orang telah mendaftar untuk e-mel yang baru, pengalaman yang moden di http://Outlook.com. Terima kasih," Microsoft mengumumkan melalui akaun Twitter rasmi @Outlook hanya enam jam selepas mengumumkan pelancaran perkhidmatan melalui laman rangkaian sosial yang sama.

Sudah tentu, tak ada siapa yang tahu untuk berapa lama perkhidmatan ini akan terus melihat pertumbuhan pantas ini, tetapi kemungkinan bahawa bilangan orang yang menyertai Outlook.com memang akan meningkat pada hari-hari akan datang. Anda bila lagi?

Labels: ,