Pengasas Twitter Lancarkan Platform Blogging Baru

Ada satu lagi cara untuk menghantar penulisan dan gambar dan berkongsi dengan orang lain dalam talian. Medium, alat baru untuk blogging bagi orang-orang yang berasa dikekang oleh Twitter dan kagum dengan Blogger atau Tumblr.

Pada masa ini ia hanya dalam mod pratonton, projek ini mendapat perhatian disebabkan pengasasnya. Evan Williams dan Biz Stone pengasa bersama Twitter dan Blogger, jadi mereka tahu tentang blog, dalam bentuk panjang dan pendek.

Medium adalah produk terbaru daripada Obvious Corporation mereka, yang dieram oleh Twitter dalam beberapa hari sebelum, dan kedua-dua lelaki itu mempunyai visi besar untuk alat blog, dijelaskan dalam pengumuman yang panjang oleh Williams.

Untuk projek yang dipanggil sebagai "rethinking" publishing ini, langkah pertama adalah satu platform blog yang mengitar semula banyak ciri-ciri terbaik yang dah ada di laman web lain seperti- Pinterest, Tumblr, Blogger, Reddit dan hubungan yang besar ke Twitter.

Reka bentuknya seperti tema minimalis Tumblr atau WordPress. Post boleh jadi hanya gambar besar, perkataan atau gabungan. Mereka dianjurkan kepada koleksi seperti Pinterest, dan boleh disusun mengikut populariti berdasarkan undi dari masyarakat, seperti Reddit dan Digg.

"Kami sedang membayangkan semula penerbitan dalam cubaan untuk membuat lompatan evolusi, berdasarkan segala yang kita telah belajar dalam 13 tahun lepas dan keperluan dunia hari ini," kata Williams.

Labels: ,