Samsung Lancarkan Perkhidmatan Hab Muzik

Sebagai hasil pembelian perkhidmatan aliran muzik mSpot, Samsung melancarkan versi aplikasi Hab Muzik untuk Galaxy S III.

Hab muzik masih akan bertindak sebagai kedai muzik tipikal dalam talian, membolehkan anda membeli dan memuat turun trek seperti yang anda lakukan pada iTunes atau Amazon. Tetapi sekarang ada pilihan seperti Spotify yang membolehkan anda mendengar muzik dan radio dalam talian untuk $9.99 sebulan.

Hab muzik ini juga akan membenarkan anda untuk memuat naik fail muzik anda ke loker dalam talian, sama seperti Google Music, dan aliran trek ke Galaxy S III. Applikasi ini mendapat muzik dari 7digital, yang menyediakan perkhidmatan muzik pihak ketiga.

Hub Muzik baru ini boleh dikatakan sebagai kacukan antara Spotify, Google Music, dan iTunes.

Tapi malangya, hab muzik ni hanya boleh didapati di AT&T dan model Galaxy S III versi US. Kita kat Malaysia ni perlu menunggu untuk Samsung membawakannya kepada kita.

Labels: