Samsung Nekad Pertahankan Produk Mereka di AS


Samsung Electronics berikrar untuk mengambil "semua langkah yang perlu" untuk memastikan produk berada di rak kedai di AS, sebagai tindak balas kepada permintaan bagi pengharaman pada jualan beberapa telefon pintar oleh Apple.

Selepas memenangi $1.05 bilion dalam saman paten minggu lepas, Apple memfailkan permohonan mahkamah untuk mengharamkan lapan peranti mudah alih Samsung termasuk versi telefon pintar Galaxy dan Droid.

Samsung, firma teknologi terbesar di dunia, membalas dalam satu kenyataan: "Kami akan mengambil segala langkah yang perlu untuk memastikan ketersediaan produk kami di pasaran AS."

Apple mengatakan bahawa ia berhak untuk mendapatkan injunksi tetap mengharamkan penjualan semua 28 peranti Samsung. Tetapi ia membentangkan senarai pendek produk Samsung "untuk menangani sebahagian daripada kemudaratan serta-merta".

Samsung nekad untuk mempertikaikan keputusan itu, berkata mahkamah di negara-negara lain sebelum ini telah menyatakan mereka tidak menyalin reka bentuk Apple.

Syarikat itu tidak mengulas lanjut mengenai strategi tetapi ia sedang mempertimbangkan untuk menghapuskan atau mengubah ciri-ciri yang didapati telah melanggar paten Apple untuk memastikan produk di pasaran jika pengharaman jualan diberikan.

"Sebagai langkah terakhir, kita boleh berfikir tentang workarounds," seorang pegawai Samsung memberitahu AFP dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan, merujuk kepada kemungkinan pengubahsuaian.

Labels: