Vimeo Berintegrasi dengan Dropbox untuk Mudahkan Perkongsian


Perkhidmatan perkongsian video Vimeo akhirnya disepadukan dengan perkhidmatan penyimpanan awan Dropbox selepas banyak permintaan daripada komuniti Vimeo.

Dengan integrasi ini, pengguna Vimeo kini boleh menambah akaun Dropbox mereka pada halaman upload Vimeo atau dalam tetapan akaun mereka. Ini akan membolehkan mereka secara automatik atau manual memuat naik video melalui folder "Vimeo" dalam Dropbox.

"Integrasi dalam Dropbox adalah sesuatu yang pengguna mahu," kata CEO Vimeo Kerry Trainor dalam satu kenyataan. "Ini adalah satu lagi alat bagi mereka untuk memuat naik dan berkongsi video mereka dengan rakan-rakan dan keluarga, atau seluruh dunia."

Integrasi Dropbox dapat mengukuhkan kedudukannya Vimeo sebagai destinasi untuk video dalam talian yang berkualiti tinggi. Sepanjang 2012, mereka membawa masuk CEO baru, mereka bentuk semula laman utama, dan melancarkan pelbagai aplikasi untuk membawa pengguna lebih ke arah mudah alih.

Labels: ,