Apple Sahkan Rancangan untuk Hentikan iPhone 3GS


Pelancaran iPhone 5 menandakan kelahiran sekumpulan produk baru daripada Apple, tetapi ia juga datang dengan beberapa kematian produk lain.

Salah satunya ialah iPhone 3GS, yang telah melalui zaman alat yang dah usang, seorang jurucakap Apple mengesahkan, barisan telefon pintar Apple kini secara rasmi adalah iPhone 4, iPhone 4S, dan iPhone 5.

Diperkenalkan pada WWDC pada bulan Jun 2009, iPhone generasi ketiga ini terselamat dari dua susulan siri iPhone, dan menyaksikan empat generasi iOS.

Walaupun 3GS boleh dinaik taraf kepada iOS 6, peranti itu tidak mampu menjalankan semua ciri-ciri sistem operasi. Ini menjadikan pemberhentiannya bukan sahaja mengejutkan tetapi juga dialukan.

Labels: ,