Astro Lancarkan Astro On-The-Go untuk Android


Seperti yang dijanjikan oleh pihak Astro, mereka akhirnya melepaskan Astro On-The-Go untuk peranti Android. Saya pasti ramai pengguna ternanti-nantikan versi Android sebab majoriti pengguna di Malaysia menggunakan peranti berasakan Android berbanding iPhone dan iPad.

Berdasarkan pada laman aplikasi ini di Google Play, Astro melancarkannya pada 31 Ogos lagi. Rasanya lebih awal dari apa yang mereka nyatakan sebelum ni.

Kini pengguna Android boleh menonton rancangan kegemaran di Astro tak kira di mana saja anda berada. Ibarat membawa piring Astro bersama ke mana saja anda pergi.

Menurut laporan dari blog iAwani, aplikasi ini hanya menyokong Android versi 3.2 Honeycomb dan ke atas sahaja. Semua program dan fungsi dikatakan hampir sama dengan versi desktop.

Untuk membuat turun aplikasi Astro On-The-Go, sila ke Google Play.

Labels: ,