Facebook Menguji Butang Like Page di Desktop

Facebook sentiasa cuba untuk tampil dengan pelbagai cara untuk mempromosikan sesebuah page, dan mereka kini menguji fungsi yang baru-baru ini diperkenalkan untuk peranti mudah alih pada desktop.

Sebelum ini Facebook telah tambah butang "Like Page" yang besar bagi beberapa post di aplikasi iOS. Contohnya, jika rakan anda berkongsi post dari AirAsia. Di bawah post tersebut anda boleh melihat butang "Like" yang membolehkan anda dengan cepat like lamanpage AirAsia tanpa perlu meninggalkan suapan berita anda.

Butang "Like" yang besar juga muncul apabila kawan tags page lain dalam post.


Itulah seperti apa yang kelihatan pada aplikasi iOS. Kini, Facebook nampaknya sedang menguji fungs yang sama pada versi desktop, membolehkan pengguna untuk like page dari suapan berita (news feed).


Labels: