Facebook Messenger dapat Antara Muka Baru pada iOS


Facebook telah membuat perubahan kepada aplikasi Messenger untuk iOS, sambil menambah sokongan untuk iOS 6 dan 5 ke bawah, bersama-sama dengan ciri-ciri swipe-left yang sebelum dibawa ke versi Android, serta perubahan lain.

Aplikasi yang dikemaskini ini membolehkan pengguna swipe-left di mana sahaja dalam aplikasi untuk melihat siapa yang telah mendaftar masuk dan menghantar mesej.

Perubahan lain membolehkan pengguna pin rakan yang mereka mesej dengan senarai kegemaran mereka. Antara muka chat telah juga diberikan makeover dengan speech bubbles; beberapa pepijat telah dibaiki, menurut laman Preview iTunes untuk aplikasi, kemas kini membawa "kelajuan lebih baik dan kebolehpercayaan."

Facebook baru-baru ini berkata ia berazam untuk mengemaskini aplikasi mudah alih dengan lebih kerap, menjanjikan kemaskini iOS setiap lapan minggu dan kemaskini Android setiap empat minggu.

Kemas kini tersedia untuk iPhone, iPad, dan iPod Touch.

Labels: ,