Facebook Akan Singkirkan 'Like' yang Tidak Ikhlas

Facebook melaksanakan usaha untuk menyingkirkan akiviti "Likes" yang bukan dari orang yang betul-betul berminat dalam memberi thumbs up kepada sesebuah pages di rangkaian sosial terkemuka di dunia itu.

"Kami telah meningkatkan usaha untuk membuang Likes pada pages yang mungkin telah diperolehi dengan cara yang melanggar terma perkhidmatan Facebook kami, pasukan keselamatan Facebook berkata dalam blog post.

"Usaha-usaha yang baru diperbaiki automatik akan mengeluarkan Likes yang diperolehi oleh malware, akaun yang dikompromi, pengguna yang menipu atau Likes pukal yang dibeli."

Facebook telah lama memberikan keupayaan untuk menyokong pages di rangkaian sosial dengan mengklik pada ikon "Like". Jumlah Likes yang tinggi memberi status "kiraan peminat" kepada pages, terutamanya mereka yang khusus untuk jenama.

"Like yang datang daripada seseorang yang bukan benar-benar berminat tidak akan memberi manfaat kepada sesiapa siapa," kata Facebook. "Peningkatan ini akan membolehkan pages untuk menghasilkan kandungan lebih relevan dan menarik, dan jenama akan melihat peningkatan dalam penglibatan sebenar seluruh kandungan mereka."

Facebook menjangka kurang daripada satu peratus daripada kiraan peminat pada pages akan dipotong sebagai akibat daripada "suspicious Likes."

Labels: