iPhone 5 akan Berada di Pasaran Pada 21 September

Apple melancarkan iPhone 5 hari ini selepas beberapa lama penantian. Apple membuktikan banyak khabar angin sebelum ini adalah benar. Tarikh keluaran adalah pada 21 September, dengan pra-pesanan bermula Jumaat, 14 September. Harga adalah seperti berikut: 16GB untuk $199, 32GB untuk $299, dan 64GB untuk $399 (harga termasuk kontrak dua tahun).

Tidak semua orang akan boleh mendapatkan peranti pada 21 September. Itu hanya di AS, Kanada, Australia, Perancis, Jerman, Hong Kong, Jepun, Singapura dan UK. Malaysia tak termasuk dalam senarai, mungkin tak berapa lama lepas tu.

Apple mengumumkan bahawa ia akan melancarkan peranti ke 22 negara lagi pada 28 September, termasuk: Australia, Belgium, Republik Czech, Denmark, Estonia, Finland, Hungary, Ireland, Itali, Liechtenstein, Lithuania, Luxembourg, Belanda, New Zealand, Norway, Poland, Portugal, Slovakia, Slovenia, Sepanyol, Sweden dan Switzerland.

iPhone 5 datang dalam warna putih & perak atau hitam. Ia akan boleh didapati daripada Apple Online Store, kedai Apple, dan Apple Authorized Resellers yang terpilih.

iOS 6 pula akan dikeluarkan pada 19 September.
Rupa iPhone 5

Labels: ,