iPhone 5 Telah di Jailbreak?


Sungguh pantas para penggodam menjalankan tugas mereka. Penggodam dari San Fransisco, Grant Paul mendakwa beliau mempunyai Apple iPhone 5 yang telah di jailbrake selepas 24 jam iPhone dilepaskan secara rasmi.

I started working on it the day before the iPhone 5 was released, and I had my iPhone 4S jailbroken on iOS 6 in a few hours. Then, once I got an iPhone 5, it was even easier; It took just about half an hour from first tuning it on to a jailbroken iPhone 5.” kata Paul.

Beliau telah pasang perisian sumber terbuka Cydia pada iPhone baru itu, seperti yang dibuktikan oleh dua gambar dia poskan ke akaun Twitter. Cydia adalah aplikasi yang paling popular digunakan untuk tujuan jailbreak.

Here’s the Cydia homepage on the iPhone 5: twitter.com/chpwn/status/2…

— Grant Paul (chpwn) (@chpwn) September 21, 2012

Jadi pengguna kat Malaysia lepas ni tak perlu risaukan pasal "pecah penjara" ni. Bila-bila masa je lepas ni anda boleh muat turun aplikasi untuk lakukan jailbreak.

"Jailbreak" adalah istilah yang digunakan untuk memintas (bypass) sekatan perisian Apple, ia membenarkan "akses root" kepada sistem operasi. Secara ringkasnya, ia membolehkan pengguna melakukan perkara-perkara yang tidak mungkin iPhone baru boleh lakukan, seperti memuat turun aplikasi tidak rasmi dari luar App Store, atau mengubahsuai antara muka pengguna.

sumber dari AllThingsD.com

Labels: ,