Iran Sekat Perkhidmatan Google


Iran telah mengehadkan akses ke perkhidmatan e-mel Google, Gmail, dan enjin carian. Firewall sudah menghalang rakyat Iran daripada mengakses kebanyakan laman dari Barat.

Langkah terbaru bertepatan dengan bantahan di seluruh dunia Islam - termasuk beberapa di Tehran - terhadap filem anti-Islam yang disiarkan di YouTube.

"Google dan Gmail akan ditapis di seluruh negara, dan akan kekal ditapis sehingga notis selanjutnya," kata seorang penasihat kepada pendakwa awam Iran, Abdul Samad Khoramabadi.

Pengguna hanya boleh mengakses akaun Gmail dengan menggunakan rangkaian persendirian maya (VPN), yang membolehkan mereka melayari laman web di belakang firewall kerajaan.

Laman YouTube telah ditapis sejak pertengahan 2009, berikutan daripada bantahan dan dakwaan penipuan undi selepas pemilihan semula Presiden Mahmoud Ahmadinejad.

Labels: