Kerajaan Lancarkan Pakej Mampu Milik Jalur Lebar 1Malaysia

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim melancarkan Pakej Mampu Milik Jalur Lebar 1Malaysia pada harga serendah RM20 sebulan akan diperkenalkan di lima negeri - Sabah, Sarawak, Terengganu, Kelantan dan Pahang mulai 16 September ini.

Pakej Mampu Milik Jalur Lebar 1Malaysia dari harga RM20 sebulan untuk perkhidmatan tanpa wayar dan RM38 sebulan untuk perkhidmatan berwayar adalah sebagai inisiatif mengurangkan jurang digital di kalangan rakyat di negara ini.

Pakej perkhidmatan tanpa wayar yang ditawarkan ialah antara RM20 ke RM25 sebulan bagi kelajuan jalur lebar minimum 512kbps dengan kapasiti 1GB manakala bagi pakej perkhidmatan berwayar adalah RM38 dengan kelajuan jalur lebar minimum 384kbps dan kapasiti tanpa had.

Rais meminta syarikat telekomunikasi di negara ini meningkatkan perkhidmatan jalur lebar khususnya di negeri-negeri yang mempunyai kadar penembusan jalur lebar yang lebih rendah berbanding kadar penembusan kebangsaan.

Labels: