Rekod Tweet #merdeka55 adalah Palsu?


Pada 31 Ogos bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan Malaysia yang ke-55, rakyat negara dikatakan berjaya mencapai rekod tweets sebanyak 3,611,323 dengan hashtag #merdeka55. Tweet itu semua dijutukan kepada Perdana Menteri Najib Razak.

Rekod itu juga berjaya dicatatkan dalam Malaysia Book of Records kerana berjaya mencatat jumlah tweet sebanyak itu dalam tempoh hanya satu jam. Seramai 10,128 orang yang menghantar tweet di dalam majlis sambutan di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Akan tetapi, sebuah firma kajian Twitter Politweet.org menyatakan bahawa 38 peratus daripada tweet dengan hashtag #merdeka55 di Twitter dihasilkan oleh bot – perisian yang mengawal sejumlah akaun Twitter yang berlainan. Sebanyak 38 peratus daripada tweet berkenaan dihasilkan daripada 14 peratus pengguna yang kesemuanya menggunakan perisian TweetDeck.

"Ini bermakna 41,000 tweet diterima daripada 2,761 pengguna," kata pihak Politweet.org

Apakah dakwaan pihak Politweet ini adalah benar ataupun hanya rekaan semata-mata?

More evidence of #Merdeka55 bots. 66 users tweeted the same text. fb.me/1E9A1TDAD
— PoliTweet.org (@politweetorg) September 1, 2012

Sumber dari FB JKKK Fan Club dan blog Amanz.my

Labels: