Sesi #TanyaNajib di Twitter, Facebook dan Google+


Untuk menarik golongan muda mudi,Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan menganjurkan sesi #TanyaNajib untuk membolehkan rakyat bertanya mengenai Belanjawan 2013. Sesi tersebut akan berkisarkan tentang Belanjawan 2013 yang akan dibenatngkan pada hari Jumaat nanti.

Sesi akan diadakan pada 3 Okt 2012 jam 9 malam.

"Untuk penganjuran sesi #TanyaNajib: Bajet 2013, saya merancang untuk menggunakan platform komunikasi dalam talian secara maksimum," kata Najib.

"Twitter, Facebook, Google+ dan banyak lagi. Saya akan mengadakannya menerusi akaun Google+ saya selain akan menerima setiap soalan melalui laman media sosial yang lain. Sesi kali ini juga boleh ditonton secara langsung menerusi laman YouTube saya. Ikuti saya di Twitter dan Facebook untuk maklumat lanjut tentang bagaimana untuk menyertai sesi berkenaan," tambah beliau.

Ini kali kedua sesi #TanyaNajib diadakan, pertama kali diadakan pada 11 Jan 2011 yang menerima reaksi memberangsangkan dari rakyat.

Labels: