UniMAP Lancarkan Perkhidmatan WiFi dalam Bas


Buat julung kalinya di Malaysia, perkhidmatan WiFi di dalam bas sekarang boleh dinikmati oleh para pelajar Universiti Malaysia Perlis (UniMAP). Hasil erjasama strategik oleh UniMAP dan Celcom, perkhidmatan itu berjaya dilaksanakan dan dirasmikan oleh Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Ini menjadikan sebagai UniMAP institusi pengajian tinggi awam yang pertama di negara ini menerima perkhidmatan wifi dalam bas melalui kerjasama dengan Celcom Axiata Berhad (Celcom).

Menurut Naib Canselor UniMAP, Prof Datuk Dr Kamarudin Hussin, sebanyak 18 bas UniMAP akan dilengkapi kemudahan itu bagi kegunaan para pelajar sebagai permulaan. Ini akan memudahkan pelajar untuk mencari maklumat berkaitan pelajaran mereka ketika perjalana ke kampus.

Sebelum ini, pihak Celcom telah bekerjasama dengan syarikat bas Ekspres Transnasional menyediakan perkhidmatan jalur lebar tanpa wayar di dalam bas.

Labels: