YouTube Telah Sekat Video Innocence of Muslims di Malaysia


Pihak Google Malaysia telah menyekat akses kepada video Innocence of Muslims untuk tontotan rakyat Malaysia di YouTube. Mereka akur dengan permintaan pihak SKMM semalam yang meminta supaya video klip tersebut disekat di Malaysia.

Menurut The Malaysian Insider, SKMM telah menggunakan Seksyen 298A (1) Kanun Keseksaan dalam aduan kepada enjin carian terkemuka di dunia itu yang juga memiliki laman YouTube.

"Kita mempunyai garis panduan masyarakat yang jelas, dan apabila video melanggar peraturan mereka, kita keluarkan. Di samping itu, kita telah melancarkan YouTube tempatan dan jika kita diberitahu bahawa video menyalahi undang-undang di negara itu, kita akan menyekat akses kepada maklumat itu selepas kajian menyeluruh," kata ketua komunikasi dan hal ehwal awam Google Malaysia, Zeffri Yusof.

Berdasarkan carian TechoSocial dalam YouTube sebelum entri ni disiapkan, masih ada beberapa video tersebut yang berlainan tajuk boleh diakses dari Malaysia. Tapi kebanyakannya telah disekat oleh YouTube dengan memaparkan mesej seperti gambar di atas.

YouTube atau Google cuma menyekat akses daripada pengguna yang menggunakan IP dari Malaysia, mereka belum memadamkan video tersebut dari database mereka.

Labels: ,