10 Selebriti Paling Top di Facebook

Eminem akhirnya terpaksa akur dengan populariti Rihanna di Facebook. Terkini, Rihanna adalah selebriti paling banyak dapat "Like" di Facebook dengan jumlah 61.6 juta. Manakala Eminem di tangga kedua dengan jumlah "Like" 61.2 juta.

Slim Shady memerintah sebagai raja di rangkaian sosial sejak melepasi Lady Gaga dan Michael Jackson pada Februari lalu. MJ sebelum ini telah menjadi selebriti yang paling popular sejak kematiannya pada tahun 2009.

Populariti Rihanna telah melonjak sejak akhir-akhir ini, dia mengenepikan Lady Gaga sebagai selebriti wanita paling popular di Facebook Julai lepas. Kurang daripada dua tahun lalu, Eminem mempunyai lebih 5 juta peminat daripada Rihanna.

Untuk lihat senarai 10 selebriti, lihat carta di bawah. - sumber dari Mashable.
top 10 seleb

Labels: