Daftar Derma Organ Dalam Talian

Kementerian Kesihatan Malaysia kini menyediakan perkhidmatan kepada seluruh rakyat yang prihatin untuk menderma organ mereka kepada yang memerlukan. Orang ramai sekarang boleh mengisi borang ikrar utnuk menderma orang di laman agiftoflife.gov.my

Selepas pengguna mendaftarkan diri mereka, kad ikrar menderma organ akan dihantar terus ke rumah masing-masing selepas pengesahan dibuat.

"Kami sedang berusaha 'memasyarakatkan' budaya pendermaan organ di negara kita, terutama di kalangan orang muda, kerana lebih 70 peratus populasi penduduk di negara ini terdiri daripada orang muda. Dengan pendaftaran secara online, kerajaan berharap dapat menggalakkan orang ramai untuk menderma organ mereka bagi menyelamatkan lebih ramai nyawa," ujar Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Sehingga bulan September lepas, seramai 15,611 pesakit di seluruh negara masih menunggu organ yang didermakan orang ramai.


Untuk butiran lanjut, sila hubungi Pusat Sumber Transplan Nasional di 1800-88-9080 atau www.agiftoflife.gov.my.

Labels: