Elak Penipuan Pembelian Secara Online

Zaman sekarang semakin ramai pengguna atau pembeli lebih gemar membeli belah secara online (dalam talian) sebab lebih senang, cepat dan tak payah susah-susah cari parking. Tapi pembeli harus berani menanggung risiko. Dah banyak kita dengar pasal kes-kes penipuan yang berlaku.

Bagi memastikan aktiviti penipuan oleh penjual atau peniaga, anda perlu pastikan yang laman web yang menawarkan barang-barang untuk dijual harus mempunyai logo Persatuan Usahawan Internet Malaysia (PUIM).

Nombor siri dan logo PUIM merupakan bukti bahawa status seseorang usahawan internet telah disahkan oleh pihak persatuan dimana hak pengguna dapat dilindungi.

"Sekiranya pelanggan berdepan dengan penipuan atau sebarang masalah perkhidmatan, mereka boleh menyemak melalui PUIM dan kita akan dapat menghubungi usahawan tersebut," kata Presiden PUIM, Mohd. Azrul Mohd. Nor.

- sumber dari Bernama

Labels: