Facebook Mencapai 1 Bilion Pengguna Aktif Setiap Bulan

Facebook mengumumkan yang mereka telah mencapai 1 bilion pengguna aktif bulanan pada 14 September lalu.

CEO Mark Zuckerberg mencatatkan mesej berkata, "Pagi ini, terdapat lebih daripada 1 bilion orang yang menggunakan Facebook secara aktif setiap bulan. Jika anda membaca ini: terima kasih kerana memberi saya dan pasukan saya yang sedikit penghormatan untuk berkhidmat untuk anda.

Membantu 1 bilion orang berhubung sangat menakjubkan, rasa rendah diri dan setakat ini perkara yang saya paling bangga dalam hidup saya. Saya komited untuk bekerja setiap hari bagi memjadikan Facebook lebih baik, dan mengharapkan bersama-sama satu hari nanti kita akan mampu untuk menyambungkan seluruh dunia juga."

Adalah sukar untuk mempercayai yang Facebook telah meningkat dua kali ganda sejak kempen pemasaran untuk The Social Network telah mengharapkan 500 juta pengguna. Untuk perkara itu, ia adalah sukar untuk mempercayai bahawa Facebook telah mendapat 45 juta pengguna aktif baru hanya kerana mereka mendedahkan pendapatannya pada bulan Julai.

Labels: