Facebook Messenger kini di Firefox


Facebook Messenger untuk Firefox telah dijanjikan bila Firefox 17 mencapai tahap beta. Ia adalah aplikasi atau add-on yang menggunakan Social API Firefox dan ia amat berguna jika anda prefer Facebook "terbuka" setiap masa.

Anda hanya perlu memasang add-on, tapi hanya klik butang 'Turn On', Facebook Messenger bukan betu-betul add-on sebenarnya yang ia seudah terbina dalam Firefox. Untuk mematikannya, pergi ke menu Options/Preferences dan untick "Facebook Messenger for Firefox."

Jika anda dah biasa dengan bar chat Facebook dan butang notifikasi di laman web, anda tidak akan mempunyai sebarang masalah dengan penggunaan di Firefox, mereka sama, mereka bukan sahaja kelihatan sama, ia mungkin berkongsi kod yang sama.

Walaupun terdapat kekurangan seperti pilihan untuk menyembunyikan senarai rakan dengan satu klik, Facebook Messenger untuk Firefox berfungsi dan ia lancar. Peminat Facebook dan Firefox pasti akan gembira.

Nota: Aplikasi ini hanya berfungsi untuk Firefox 17 beta dan ke atas.

Labels: ,