Terjunan Bebas Felix Baumgartner Pecah Rekod YouTube


Selain dari berjaya memecahkan rekod dunia dengan terjunan paling tinggi, penerjun dari Austria, Felix Baumgartner juga berjaya pecahkan rekod tontonan di YouTube. Lebih daripada 7.1 juta orang menonton video secara langsung di YouTube.

Rekod tontonan YouTube sebelumnya telah dicatat semasa Sukan Olimpik London, apabila kira-kira 500,000 orang menonton video secara langsung tersebut.

Rekod ketinggian sebelumnya dipegang oleh Tentera Udara AS Captain Joseph Kittinger, yang terjun dari ketinggian 102,800 kaki pada tahun 1960.

Red Bull, penaja rasmi, telah menghabiskan lima tahun untuk membuat persediaan bagi stunt berani mati ini. Untuk mempromosikan space jump ini, Red Bull telah berkongsi gambar di Instagram dengan hashtag #Stratos, dan telah mendapat lebih daripada 400,000 pengikut pada platform perkongsian foto itu.

Labels: ,