Firefox Marketplace Kini Dibuka

Adakah anda tahu yang Mozilla mempunyai sebuah app store? Ia dipanggil Firefox Marketplace, dan ia adalah satu tempat di mana pemaju boleh menjual aplikasi HTML5. Ia akan menjadi pusat Firefox OS pada telefon pintar awal tahun depan.

Mozilla hari ini mengumumkan bahawa Firefox Marketplace kini boleh didapati pada Firefox Aurora untuk pengguna Android. Ia menggalakkan penguji mencuba pasaran baru sebelum ia dilepaskan kepada awam.

Dalam percubaan pertama Firefox Marketplace, Mozilla mengatakan bahawa terdapat aplikasi yang boleh didapati mengikut kategori - permainan, produktiviti, dan berita & media. Sesetengah aplikasi yang pengguna boleh akses bermula hari ini termasuk Twitter dan SoundCloud.

Laman aplikasi hanya mempunyai satu screenshot, sedikit penerangan dan tempat bagi pengguna untuk menulis ulasan. Mereka yang mahu mencuba Firefox Marketplace perlu memuat turun Firefox Aurora. Ia tidak boleh didapati di Google Play jadi anda perlu memuat turun dari laman web.

Bagi pemaju yang ingin memulakan pembinaan aplikasi Firefox Marketplace, Firefox mempunyai beberapa sumber yang besar disediakan untuk anda. Lihat di sini.

Labels: