Foursquare Akan Lancarkan Laman Carian Baru

Foursquare kini sedang konsisten "bergerak di luar check-in" sejak akhir-akhir ni. Mereka baru-baru ini melancarkan reka bentuk semula secara besar-besaran aplikasi mudah alih pada kedua-dua Android dan iOS yang meletakkan penekanan kepada "exploring" dan mencari lokasi berdasarkan aktiviti kawan dan sejarah aktiviti pengguna.

Menurut Search Engine Land, Foursquare akan melancarkan laman baru untuk pengguna yang log keluar. Tujuan halaman baru itu hanya satu: untuk memaparkan bar carian Foursquare dengan jelas, supaya orang ramai akan berfikir Foursquare sebagai tempat pertama untuk mendapatkan maklumat tempat-tempat menarik.

Berikut adalah laman utama Foursquare sekarang untuk pengguna yang log keluar:

foursquare sekarang
dan berikut adalah bagaimana halaman baru akan kelihatan dengan kotak carian hadapan:

foursquare baru
Keputusan carian pada Foursquare sudah termasuk ulasan pengguna, skor komposit, lokasi, dan banyak lagi. Mereka juga membenarkan untuk pengguna untuk menapis keputusan mereka (fungsi yang lebih berguna jika anda log masuk).

Labels: