Gmail Perkenalkan Cara Baru untuk Compose Emel

Google telah membuat perubahan kepada compose/reply dalam Gmail, ia kini muncul sebagai kotak pop-up, sama seperti kotak pop-up untuk chat.

"Berapa kali anda menulis emel dan perlu merujuk sesuatu dalam mesej lain? Menyimpan draf, membuka emel lama, dan kemudian buka semula draf anda, ia membazirkan beberapa minit. Compose baru muncul dalam tetingkap, seperti chat (hanya sedikit lebih besar)," kata pengurus produk Phil Sharp.


"Ini menjadikan lebih mudah untuk merujuk mana-mana emel yang lain tanpa perlu untuk menutup draf anda. Anda juga boleh melakukan carian atau lihat emel baru."

Apabila pengguna menambah penerima, Google akan menunjukkan gambar profil untuk kenalan, jika ada, dalam autocomplete. Cip alamat boleh di-dragged dan dropped antara field yang berbeza.


Fungsi baru ini hanya boleh didapati dalam preview, tetapi Google berkata ia akan menambah beberapa "sentuhan kemasan" dalam bulan-bulan akan datang, dan kemudian akan melepaskannya untuk semua orang.

Labels: