Google, Pesaing Siri dalam iOS

Hampir tiga bulan selepas demo, carian suara Google yang dipertingkatkan untuk iOS dah sampai. Perkhidmatan itu, yang meniru beberapa fungsi ditemui dalam teknologi carian Google pada Android sebagai sebahagian daripada Jelly Bean, bertujuan untuk bersaing dengan Siri.

Perisian (iTunes) menyediakan kontekstual, keputusan yang dituturkan untuk pertanyaan suara dan menyajikan carian web untuk segala-galanya. Dalam beberapa ujian ringkas, jawapan muncul ketara lebih cepat daripada apa yang Apple sendiri tawarkan.

Ciri baru datang sebagai sebahagian kemas kini untuk aplikasi carian Google, yang juga menambah sokongan untuk Apple iPhone 5. Pengguna iOS perlu ada iOS 4.2 ke atas untuk menggunakan ciri baru itu.

Berikut adalah video promosi carian suara Google:

Labels: , , ,