Jepun, Penjara 2 Tahun Jika Muat Turun Fail Haram

Pengguna internet di Jepun yang muat turun fail yang melanggar hak cipta akan menghadapi sehingga dua tahun penjara atau denda sehingga kepada 2 juta yen (RM 78,519) selepas ada perubahan dalam undang-undang.

Di Jepun, muat naik muzik dan video yang mempunyai hak cipta akan membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda 10 juta yen. Jepun adalah pasaran kedua terbesar muzik di dunia selepas Amerika Syarikat.

Secara teori, hukuman muat turun ini boleh dikuatkuasakan jika pengguna didapati telah menyalin satu fail cetak rompak.

Persatuan Industri Rakaman Jepun mnyokong penuh cadangan tersebut, menunjukkan bahawa muat turun media haram mengatasi yang halal kira-kira faktor 10:1.

Angka itu berdasarkan kajian 2010 yang menyatakan penduduk di Jepun muat turun kira-kira 4.36 bilion secara haram cetak rompak muzik dan fail video dan 440 juta orang yang beli secara sah dalam setahun.

Bila kerajaan Malaysia nak buat macam ni agaknya...

-sumber dari BBC

Labels: