Microsoft Lancarkan Versi Baru Laman web MSN


Microsoft telah memutuskan untuk melancarkan laman web MSN yang diinspirasikan dari Windows 8 hanya dua hari lebih awal daripada kemunculan awam sistem operasi baru mereka.

Microsoft mengumumkan beberapa minggu lalu bahawa ia akan melancarkan satu laman web baru MSN untuk pengguna Windows 8 yang menjadikan ia selaras dengan produk lain. Syarikat itu berkata bahawa reka bentuk baru ini hanya sesuai untuk halaman MSN, kerana ia mudah untuk digunakan dan ketara lebih cepat.

Susun atur MSN baru hanya tersedia untuk pengguna Internet Explorer 10. Internet Explorer 10 bagaimanapun tidak lama lagi akan dikeluarkan untuk pengguna Windows 7 juga, tetapi Microsoft mungkin akan membuat reka bentuk baru diakses dari semua pelayar dan platform selepas kemunculan Windows 8 pada hari Jumaat.

Seperti yang anda boleh lihat sekarang, penampilan MSN memang banyak diilhamkan daripada Windows 8 dan menggunakan reka bentuk start screen bila anda log masuk ke Windows 8.

Labels: