Nikon Lancarkan Kamera Android, Coolpix S800c


Nikon Coolpix S800c mungkin bukan pesaing kepada Samsung Galaxy Camera, tetapi konsep keseluruhan adalah sama walaupun bentuk tidak berapa nak sama. Coolpix S800c telah dilancarkan di India dan bergantung hampir sepenuhnya pada 3.5 inci OLED WVGA untuk input skrin sentuh.

Produk ini dilengkapi dengan kanta zum optik 10x, dikendalikan oleh BSI 16-megapiksel imej sensor CMOS. Rakaman video Full HD (1080p) dan kamera juga bersepadu dengan Wi-Fi dan GPS, ditambah 4 GB memori.

Sistem operasi Android 2.3 smembolehkankan segala-galanya dari telefon yang direka khas untuk tujuan gambar dan aplikasi muat turun dari Google Play.

"Kamera Coolpix menawarkan teknologi Nikon menyediakan pelanggan dengan pilihan baru dan membawa pilihan yang lebih berwarna-warni dan bergaya," kata Encik Hiroshi Takashina, MD, Nikon.

Labels: ,