Microsoft Perkenalkan Perkhidmatan Xbox Music yang Menyeluruh

xbox music
Perkhidmatan muzik dan players Zune Microsoft telah gagal untuk mencuri bahagian pasaran dari iTunes Apple dan peranti iOS. Tetapi perisian gergasi Redmond itu mencuba lagi dengan pelancaran perkhidmatan Xbox Music untuk Windows 8.

Dengan perkhidmatan baru ini, Microsoft telah belajar dari Pandora dan Spotify, yang telah mendapat daya tarikan dengan persembahan muzik percuma mereka. Microsoft akan sediakan lagu streaming versi percuma dengan Xbox Music, tetapi ia juga akan menawarkan langganan perkhidmatan secara offline untuk $9.95 sebulan.

Xbox Music akan mempunyai katalog global sebanyak 30 juta lagu dan dilancarkan di 22 pasaran di seluruh dunia. Ia akan tersedia merentasi tablet, PC, telefon pintar dan televisyen (melalui konsol Xbox 360). Perkhidmatan ini akan befungsi pada Xbox 360, Windows 8 PC dan tablet, Windows RT tablet seperti Microsoft Surface, dan Windows Phone 8.

Idea ini adalah untuk menawarkan "semua muzik yang anda suka, dengan apa cara yang anda mahu," menurut Jerry Johnson, pengurus umum Xbox Music.

Labels: