YouTube Sediakan Siaran Langsung Ibadah Haji dari Mekah

Alhamdulillah sekali lagi tahun ni kita semua berkesempatan untuk menyambut kedatangan Hari Raya Korban atau Aidiladha. Hampir 2.5 juta umat Islam seluruh dunia akan mengambil bahagian dalam ibadah yang terbesar di dunia untuk melaksanakan ibadah Haji.

Tahun ini, pihak YouTube ingin seluruh umat Islam merasai pengalaman ini melalui siaran langsung dari Mekah, Arab Saudi di Kementerian Kebudayaan Saudi dan saluran YouTube.

Siaran langsung ini telah dijayakan dengan kerjasama Kementerian Kebudayaan dan Maklumat Saudi, yang juga menyiarkan solat Terawih dari Masjidil Haram di Mekah pada bulan Ramadan lepas.

Anda boleh menonton di www.youtube.com/makkahlive

Labels: