Top 5 Negara Paling Ramai Pengguna di Facebook


Facebook telah mengumumkan yang mereka mempunyai 1 bilion pengguna aktif setiap bulan. Tidak ada sesiapa yang sangat terkejut dengan pencapaian mereka sebab sebelum ni pengguna mereka dah hampir mencecah 1 bilion.

Facebook masih mendapat pengguna yang paling ramai dari Amerika Syarikat, tetapi pasaran di sana agak tepu dan ia adalah satu-satunya yang dibangunkan dalam lima teratas. Menurut Facebook, lima negara teratas adalah Brazil, India, Indonesia, Mexico dan Amerika Syarikat.

Facebook tidak meletakkan ranking khusus bagi setiap negara, tetapi SocialBakers menggunakan data iklan Facebook untuk menentukan berapa banyak pengguna yang terdapat dalam mana-mana negara.

AS membawa 166 juta pengguna, diikuti oleh Brazil dengan 58.5 juta, India dengan 55.3 juta, Indonesia dengan 47.5 juta dan Mexico dengan 38.3juta. Semua sekali lebih kurang 366 juta pengguna. UK hanya satu tangga dari lima teratas, diikuti oleh Turki dan Filipina.

Labels: