Twitter Ambil Alih Laman Perkongsian Video, Vine

vine.co
Twitter baru sahaja membeli syarikat perkongsian video yang berpangkalan di New York bagi harga yang tidak didedahkan. Apa yang amat menarik tentang pengambilalihan ini adalah syarikat Vine belum lagi benar-benar dilancarkan.

Menurut AllThingsD, Twitter hanya acqui-hired Vine, sebuah startup yang diasaskan oleh bekas pekerja JetSetter Dominik Hoffman dan Colin Kroll.

Vine belum lagi dilancarkan, tetapi sudah ada laman sendiri. Bakal pengguna boleh memasukkan alamat e-mel dan akan diberitahu apabila ia dilancarkan. Vine telah ditubuhkan secara rasmi pada bulan Jun, mengikut halaman LinkedIn Hoffman.

Berita mucul pada hari di mana laporan mengatakan bahawa Twitter adalah di peringkat awal pembangunan perkhidmatan video hosting mereka sendiri yang akan menghapuskan keperluan hosting pihak ketiga dari syarikat seperti yFrog dan TwitVid.

Labels: