10 Gadget dan Aplikasi yang Memalukan untuk Diguna

Sekarang boleh dikatakan setiap bulan kita dihidangkan dengan gadget-gadget baru dari pengeluar popular. Dengan adanya gadget, pastinya ada aplikasi yang kita gunakan untuk gadget kita. Tapi adakah semuanya berbaloi untuk digunakan?

Kita mempunyai banyak pilihan teknologi yang boleh digunakan. Ada yang lebih baik daripada yang lain dan ada yang teruk. Juga ada yang benar-benar memalukan dan tidak berbaloi dengan kos.

Berikut adalah 10 gadget dan aplikasi yang memalukan dan anda patut berhenti menggunakannya;

Telefon Blackberry

BlackBerry bukan saja kurang ciri-ciri dan kurang berkuasa berbanding dengan telefon pintar lain, tetapi ia juga kini menjadi tidak relevan sejak RIM memperkenalkan sistem operasi mudah alih baru, BlackBerry 10. Jika anda seorang peminat BlackBerry sebenar, tunggu dua atau tiga bulan lagi.

BlackBerry PlayBook

Salah satu alat yang paling hyped dan juga merupakan salah satu daripada kegagalan terbesar. BlackBerry PlayBook telah dikecam hebat oleh pengulas sebab tidak mempunyai fungsi asas seperti kalendar dan emel. Ia mengambil hampir setahun untuk RIM menambah fungsi itu. Tetapi sudah terlambat.

Google Talk

Dikatakan hanya sesuai untuk pengguna kanak-kanak.

Hotmail

Jauh ketinggalan berbanding Gmail.

Bluetooth headset

Ramai orang kata alat dengar Bluetooth adalah hanya untuk orang tua atau pertengahan umur yang tidak memahami teknologi.

Apple Maps

Apple berjanji mereka akan memperbaiki aplikasi Maps, tetapi buat masa sekarang, produk ini adalah teruk. Terdapat beberapa alternatif yang baik seperti versi web mudah alih Google Maps atau Nokia Maps.

Siri

Selain daripada Apple Maps, Siri adalah produk kesilapan terbesar Apple. Mereka berusaha untuk menaik taraf, Apple menambah lebih banyak data kepada pelayan Siri, tetapi produk itu tidak boleh hidup seperti jangkaan yang ditetapkan dalam semua bahan-bahan pemasaran.

Lenovo ThinkPads

Komputer riba Lenovo ThinkPad adalah kebiasaan dalam dunia perusahaan. Ya, mereka kuat, tetapi mereka juga amat tebal, berat, dan hodoh.

iPod Classic

Ia hanya memainkan muzik dan video, itu sahaja.

DVD dan CD

Kini dah tak ada sebab untuk membeli cakera fizikal untuk filem dan muzik.

via Business Insider

Labels: