40 juta Lesen Windows 8 sudah Terjual dalam Masa Sebulan

Telah pun cukup sebulan sejak pelancaran Windows 8 pada 26 Oktober lalu. Berbagai maklum balas dari pengguna, ada pengguna yang memuji UI baru, sementara yang lain fikir ia adalah perkara yang paling buruk yang pernah berlaku kepada komputer peribadi.

Tami Reller, CFO untuk bahagian Microsoft Windows, mengumumkan di Persidangan Tahunan Credit Suisse Teknologi 2012 bahawa syarikat itu telah menjual 40 juta lesen Windows 8 dalam masa hanya sebulan. Reller juga berkata Windows 8 mengatasi Windows 7 dari segi peningkatan.

Selain itu, syarikat itu juga berkata bahawa Windows Store telah menyaksikan beberapa kejayaan setakat ini. Tanpa memetik angka tertentu, syarikat itu melaporkan bahawa beberapa aplikasi telah memperoleh pendapatan lebih daripada $25,000 sejak pelancaran Windows Store.

OS Microsoft terbaru ini mungkin bermula dengan baik, tetapi kita belum tahu lagi apa yang akan berlaku pada masa depan.

via Windows Blog

Labels: ,