Apple Siri dan Maps untuk Mac

Apple nampaknya mahu mengembangkan beberapa perkhidmatan iOS kepada sistem Mac ke dalam versi akan datang Mac OS X.

Blog 9to5Mac memetik sumber yang boleh dipercayai, binaan awal (early builds) OS X 10.9, dijangka dilancarkan tahun depan, termasuk integrasi Siri dan Maps. Integrasi Siri mungkin akan sama dengan iOS 6 pada model terbaru iPad.

Tapi, ciri-ciri dalam binaan awal berkemungkinan dilucutkan apabila OS dilancarkan secara rasmi. Kehadiran ciri-ciri boleh menarik lebi ramai pengguna, kerana tidak ramai pengguna Mac yang menggunakan iPhone atau iPad.

Apple jelas akan terus memperbaiki kedua-dua produk ini dalam masa yang sama. Maps telah menjadi sangat kontroversi di kalangan pengguna iOS, Google pula semakin hampir untuk mempunyai aplikasi Maps pada iOS. Kemas kini akan datang untuk iOS dijangka akan menambahbaik Siri.

via 9to5Mac

Labels: