Cuba Sistem Operasi Firefox Sekarang


Satu add-on untuk Firefox kini menawarkan percubaan pada sistem operasi telefon bimbit Mozilla, Firefox OS, terus ke dalam pelayar, pada Windows, Mac dan Linux.

Firefox OS Simulator adalah add-on prototaip untuk membawa sistem operasi akan datang Mozilla untuk telefon bimbit dan kini ia adalah pada build 0.7. Matlamat utama untuk build 1.0, yang masih dalam pembangunan pada masa ini. Pemaju boleh mencuba versi stabil dan mudah untuk menggunakan ujian untuk memasang aplikasi pada Firefox OS.

Bersaiz 65 MB lebih, add-on ini agak besar dan hanya berfugnsi pada Firefox 16 dan ke atas. Selepas pemasangan (tidak perlu restart pelayar), anda boleh mencari dalam seksyen Web Developer. Kemas kini dipasang secara automatik.

Disebabkan ia berjalan pada B2G Desktop, Firefox OS Simulator berjalan lancar dan masa permulaan adalah sangat cepat.

Muat turun add-on.

Labels: ,