Drop Test: iPad Mini lwn Nexus 7

iPad Mini dah pun dilancarkan di beberapa buah negara utama dengan jumlah pembeli yang agak kecil berbanding iPhone 5 sebelum ni. Jadi, seorang pemilik yang teruja dengan gajet terbaru mereka boleh menjatuhkan peranti mereka secara tidak sengaja.

Tapi adalah bosan untuk memusnahkan hanya iPad Mini sahaja. Oleh itu, seorang wakil dari Android Authority melakukan ujian jatuh (drop test) pada iPad Mini dan Google Nexus 7. Peranti manakah yang paling kuat?

Peminat Apple akan gembira bila mereka tahu yang iPad Mini lebih tahan lasak daripada Nexus 7. Malah, iPad Mini masih berfungsi selepas dijatuhkan tiga kali walaupun banyak keretakandi skrin. Nexus 7 mengalami kerosakan lebih teruk dan berhenti berfungsi selepas kejatuhan kedua.

Ujian jatuh ni membuktikan sekali lagi bahawa produk Apple boleh bertahan walau apa keadaan sekali pun. Tetapi ada juga had dan ujian itu jelas menunjukkan bahawa pengguna perlu menjaga gajet mereka dengan baik. Walaupun iPad tahan lasak, anda mesti rasa taks edap hati bila ia jatuh di atas permukaan yang keras.


via TechCrunch

Labels: ,