Facebook dan Yahoo TAK Bekerjasama untuk Bidang Carian

Facebook sebelum ni sudah mencuba untuk menghasilkan enjin carian mereka sendiri. Yahoo pula semua sedia maklum yang enjin carian mereka jauh ketinggalan dengan Google.

Blog Amanz.my yang memetik sumber dari Telegraph melaporkan yang Facebook dan Yahoo bakal bekerjasama dalam bidang carian. Khabar angin mengatakan Yahoo dan Facebook sedang dalam perbincangan, dan mungkin Yahoo akan menawarkan teknologinya untuk Facebook.

Tapi malangnya, mengikut sumber terbaru dari AllThingsD, kedua-dua pihak Facebook dan Yahoo TIDAK berbincang untuk mewujudkan enjin carian. Tambahan pula, Yahoo tidak mungkin akan menamatkan perkongsian carian dengan Microsoft.

Agaknya boleh ke kedua-dua mereka bekerjasama? Ya! Mereka boleh melakukan sesuatu yang berkaitan bersama-sama untuk pengiklanan. Tetapi adakah mereka akan membina enjin carian bersama-sama? Mungkin tidak.

via Amanz & AllThingsD

Labels: ,