Perlahan adalah lebih Selamat - Facebook

Facebook Security
Facebook akan menghadapi perubahan baru yang akan memperlahankannya. Mereka dalam proses untuk beralih kepada sambungan internet yang lebih selamat dengan menukarkan sambungan ke HTTPS.

HTTPS adalah lebih selamat daripada HTTP biasa, tetapi ia juga akan melambatkan pelayaran internet. Sambungan ini biasa digunakan di laman web perbankan atau kedai dalam talian apabila anda membuat urusan pembelian dan menggunakan kad kredit atau nombor akaun.

Walaupun HTTPS telah digunakan untuk bank dan perniagaan lain untuk melindungi maklumat peribadi, ia kini akan digunakan oleh mana-mana laman web yang mempunyai maklumat pengguna untuk menjadikannya lebih selamat.

Facebook akan menjadikannya sebagai sambungan default tetapi pengguna boleh memilih untuk keluar jika mereka lebih sukakan kelajuan dari keselamatan. Walau bagaimanapun, syarikat itu akan bekerja pada meningkatkan kelajuan.

Labels: