Facebook Jejaskan Hubungan jika Guna Berlebihan


Nampaknya Facebook sendiri mengaku yang mereka berpotensi menjejaskan kesihatan pengguna mereka sendiri. Satu post di page rasmi Facebook, “Birthday cakes are made for people to be together. They give friends a place to gather and celebrate. But too much cake probably isn’t healthy. So birthday cake is a lot like Facebook.

Walaupun ada banyak kelebihan menggunakan Facebook seperti berkawan, bersosial dan macam-macam lagi, ia tetap terdapat kebukuran yang memberi kesan kepada pengguna.

Satu kajian menghuraikan yang Facebook digunakan dengan rasa tidak puas hati kerana ia membuatkan kita berfikir orang lain adalah lebih cantik, lebih kaya dan lebih popular daripada kita. Kebanyakan kesan negatif datang dari penggunaan yang berlebihan. Kita mungkin akan berasa lebih baik selepas bercakap melalui telefon seorang rakan baik daripada membaca beratus news feed di facebook.

Namun kita sendiri tahu apa yang terbaik untuk diri sendiri dan jangan terlalu taksub dengan penggunaan media sosial. Medium media sosial boleh menggundang perkara buruk jika kita sendiri tak pandai menguruskannya.

via TechCrunch

Labels: ,