Facebook Ubahsuai Reka Bentuk Timeline


Facebook menguji susun atur langsing baru untuk Timeline, memaparkan satu kolum post dan bukannya dua kolum seperti sekarang. Susun atur ujian meletakkan kotak yang memaparkan rakan-rakan dan aktiviti kemuncak ke bahagian kanan.

"Ini adalah satu reka bentuk baru Facebook sedang diuji dengan peratusan kecil pengguna untuk membuat Timeline nenjadi lebih mudah," kata jurucakap Facebook.

Bila Timeline mula diperkenalkan, ia mendorong komen bercampur-campur dari pengguna, dengan beberapa yang membenci perubahan tersebut. Tetapi, apa-apa perubahan kepada reka bentuk rangkaian sosial menjadi satu kegilaan kepada sesetengah pengguna.

Kolum kanan menenmpatkan kotak yang sedia ada seperti "Recent Activity," "Friends," "Photos" dan "Likes," serta sebarang aktiviti aplikasi yang dipaparkan oleh pengguna. Tetapi dengan reka bentuk baru, saiz ruangan yang lebih kecil daripada post. Di bawah kotak tersebut, reka bentuk ujian hanya memaparkan ruang kosong di mana reka bentuk semasa memaparkan lebih banyak post.

via Inside Facebook

Labels: