Mozilla Lancarkan Firefox dengan MSN Terbina

Mozilla mengumumkan pembebasan versi baru Firefox untuk peminat MSN, dipanggil sebagai Firefox for MSN.

Ia digambarkan sebagai versi yang disesuaikan untuk pengguna MSN, yang menetapkan Bing sebagai enjin carian dalam kotak carian dan "Awesomebar", serta menempatkan msnNOW dalam Tab App Firefox. Ia juga menjadikan MSN.com halaman rumah secara default.

Tahun lepas, Mozilla telah memperkenalkan Firefox dengan Bing. Ini memberikan gambaran yang Firefox lebih mendalam ke dalam ekosistem Microsoft untuk mereka yang tidak suka menggunakan Internet Explorer.

"Ia juga memberi Firefox anda tema MSN dan menyediakan rangkaian akses cepat ke saluran popular MSN supaya anda boleh mendapatkan kemaskini masa sebenar untuk berita, hiburan, sukan dan perkara-perkara yang paling penting kepada anda," kata Mozilla.

Anda boleh memuat turun pelayar itu di SINI.

Labels: