Gadget Pengikut Google+ Rasmi untuk Blogger

Bagi semua bloggers yang menggunakan platform Blogger.com sudah pasti ada akaun Google+. Juga dah ramai yang letakkan badge Google+ di blog masing-masing bagi menggalakkan pembaca untuk menjadi follower. Kini, Google memperkenalkan gadget rasmi "Followers on Google+" untuk Blogger.

Gadget tersebut adalah bagi menggantikan gadget Google Friend Connect yang akan ditamatkan perkhidmatannya. Gadget tersebut telah pun ditamatkan bagi penggunaan di luar Blogger pada bulan Mac lepas.

Gadget pengikut Google+ baru ini akan memaparkan jumlah pengikut Google+ anda beserta dengan gambar, serta memberi peluang kepada pembaca baru untuk mengikut blog anda.

Anda hanya perlu sambungkan blog ke akaun Google+ jika belum, dan pergi ke dashboard Blogger > Layout > Add a Gadget. Untuk malkumat lanjut sila layari Blogger Help Center.

via Blogger Buzz

Labels: