Galaxy S2 Plus akan datang pada awal 2013?

Galaxy S2 PlusKhabar angin mengenai Samsung Galaxy S2 Plus pertama kali dah muncul pada bulan Ogos, tetapi senyap buat seketika. tetapi, hasil penanda aras AnTuTu untuk peranti itu telah tersebar pada bulan lepas, mendedahkan mungkin dengan pemproses 1.4GHz dual-core.

Laporan terbaru mencadangkan bahawa Galaxy S2 Plus akan keluar awal tahun depan.

Menurut kepada pemberi keterangan dari Sam Mobile, Samsung bersedia untuk memperkenalkan Galaxy S2 Plus pada suku pertama 2013, ia akan boleh didapati dalam dua warna: Chic White dan Dark Blue.

Tapi harus di ingat, berita ini belum disahkan secara rasmi. Malah, semua yang kita tahu ciri-ciri dan kewujudan Plus S2 masih belum dapat disahkan oleh pihak Samsung. Galaxy S2 Plus mungkin bersaiz 4.3 inci dengan paparan Super AMOLED Plus.

Labels: ,