Galaxy S3, Telefon Pintar Paling Laris di Dunia

Galaxy S3
Galaxy S3 dari Samsung Electronics menjadi model telefon pintar paling laris di dunia, mengenepikan iPhone dari Apple Inc, yang telah mendominasi carta selama lebih daripada dua tahun.

Laporan ini dilakukan oleh firma kajian Strategy Analytics. Mereka menganggarkan Samsung menjual 18 juta unit Galaxy S3 pada suku ketiga, meningkat daripada 5.4 juta pada suku kedua, peningkatan sebanyak 230 peratus. Sementara itu, Apple, menjual 16.2 juta iPhone 4S pada suku ketiga, turun daripada 19.4 juta pada suku kedua, penurunan sebanyak 16 peratus.

Jualan kukuh Galaxy S3 yang datang dengan skrin sentuh 4.8 inci yang besar - membantu Samsung mencatat rekod $ 73 bilion keuntungan operasi dalam suku Julai-September.

"Samsung Galaxy S3 telah terbukti popular dengan pengguna dan pengusaha di seluruh Amerika Utara, Eropah dan Asia," kata penganalisis Neil Mawston, menambah iPhone 5 baru mungkin akan meletakkan Apple di atas dalam suku semasa.

via CNET

Labels: